Oleh Ku Mohd Lufti

Atlet lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, tidak mahu terburu buru dalam misi mengejar slot untuk beraksi di Sukan SEA ke 29 Ogos depan.

Bagi Ziyad, kejayaan di Sukan Paralimpik Rio September lalu hanyalah permulaan untuknya dan tugas yang menanti lebih berat.

“Untuk mempertahankan pingat emas di Kejohanan Dunia Paralimpik, saya perlu berlatih dengan lebih keras lagi dan ia sudahpun bermula dan mahu pecahkan sekali lagi rekod dunia.”Kata Ziyad Zolkefli.

Sukan SEA merupakan sasaran kedua Ziyad untuk bersaing dengan atlet atlet normal, namun beliau perlu melepasi sasaran yang ditetapkan.

“Untuk layak ke sukan SEA perlu melakukan balingan lebihi 17 Meter ke atas atau melepasi balingan yang dilakukan oleh pemenang pingat gangsa bagi acara ini ketika Sukan SEA 2015 di Singapura.” Katanya lagi.

Peluang terakhir untuk Ziyad cuba melayakkan diri ke Sukan SEA 2017 bagi acara lontar peluru adalah di Terbuka Malaysia tahun depan.

Selain Ziyad Zolkefli, turut sama mengintai peluang untuk beraksi di Sukan SEA 2017 nanti adalah pemenang pingat emas bagi acara lompat jauh (T20), Abdul Latif Romly.

- Advertisement -