Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia FAM bagi penggal 207-2021.

Ia susulan penarikkan diri oleh Tan Sri Annuar Musa berkuat kuasa hari ini menerusi sidang media di Parlimen pagi tadi.

“Pertamanya kita menghormati keputusan Tan Sri Annuar Musa kerana itu adalah keputusan yang dibuat secara sukarela memandangkan mungkin ada sebab sebab terteuntu beliau telah telah membuat keputusan untuk menarik diri.

“Saya ucapkan tahniah kpd Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas kemenangan beliau sbg presiden FAM,” kata Khairy.

Keupayaan Tunku Ismail ternyata tidak boleh dinafikan dan ia telah dibuktikan menerusi pencapaian yang dilakukan kepada pasukan selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) di pentas negara dan antarabangsa.

Tambahnya lagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk bekerjasama dengan Tunku Ismail khususnya dalam aspek pembangunan bolasepak negara.

“Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya untuk bekerjsama dgn Tunku Ismail terutama dalam kita memastikan bahawa Program Pembangunan Bolasepak Negara atau NFDP terus diperkasakan lagi.

“Saya harap NFDP akan dapat diberi peluang sebagai ‘bahan mentah’ kepada sistem bolasepak kita dan saya tidak sabar untuk bekerjsama dengan Tunku Ismail untuk memastikan bolesepak negara kita dapat dimajukan dan pembangunan bolasepak melalui NFDP dapat diteruskan dgn sokongan drpd FAM,” katanya lagi.

Khairy turut berharap kepada Exco yang dipilih kelak akan dapat menyumbang idea idea baru dalam memastikan visi yang ditetapkan oleh Tunku Ismail berjaya.

- Advertisement -