Don't Miss

Cayetano tuntut persatuan beri kerjasama

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/01/cayetano-tuntut-persatuan-beri-kerjasama">
Twitter
Pinterest

Dengan baki setahun sebelum temasya Sukan SEA ke 30 bermula di Filipina, jawatankuasa penganjur turut meletakkan harapan agar atlet negara itu berusaha untuk memburu gelaran juara keseluruhan.

Misi ini dianggap sebagai mampu untuk dilaksanakan jika kesemua pihak memberikan komitmen sepenuhnya terhadap persiapan.

Setiausaha Jabatan Luar Negeri Filipina, Alan Peter Cayetano yang juga sebahagian daripada jawatankuasa penganjur kejohanan, berkata, kerjasama diantara semua persatuan sukan kebangsaan untuk memberikan maklumat terkini adalah penting dalam menjayakan temasya dwi tahunan itu.

Cayetano menghantar peringatan kepada semua persatuan sukan yang terlibat untuk memastikan barisan kejurulatihan dan atlet memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap persiapan untuk menghadapi Sukan SEA ke 30 nanti.

Baginya, Filipina perlu memberi tumpuan terhadap jumlah kutipan pingat selepas kali terakhir mereka muncul juara pada 2005.

Bukan sahaja Sukan SEA, persatuan sukan perlu memberi penekanan terhadap persiapan atlet untuk temasya lain seperti Sukan Asia dan Olimpik selain kejohanan antarabangsa yang berlangsung setiap tahun.

“Ini adalah masa yang terbaik untuk lebih berfikir secara bersama sama berbanding individu. Kami sedang berusaha untuk membina dan mengukuhkan hubungan diantara persatuan sukan sebelum Sukan SEA 2019 bermula.

“Menerusi temasya ini, kami berharap untuk mengembalikan kegemilangan dan maruah sukan di negara ini,”kata Cayetano.

Kali pertama Filipina menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 1981 dimana mereka menduduki tangga ketiga keseluruhan daripada tujuh pasukan yang bertanding.

Ia disusuli pada 1991 dan kali ketiga Filipina menjadi tuan rumah pada 2005 dimana mereka muncul juara keseluruhan dengan 113 pingat emas, 84 dan 94 pingat gangsa.

 

Please follow and like us:
0