AG2018: Khairul Jonathan gagal ke final, Zaidatul menyerlah

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/08/ag-2018-khairul-hafiz-jantan-jonathan-nyepa-gagal-ke-final-zaidatul-husniah-menyerlah">
Twitter
Pinterest

— fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Acara pecut 100 meter memperlihatkan kejayaan Zaidatul Husniah Zulkifli yang mengesahkan slot ke final selepas berjaya menempatkan diri dalam lapan pelumba ke peringkat akhir.

Zaidatul yang memulakan saingan separuh akhir saringan kedua menamatkan aksi dikedudukan ketiga dengan catatan 11.70 saat dibelakang Wei Yongli dari China (11.29 saat) dan Odiong Edidiong dari Bahrain (11.38saat).

melengkapkan slot final bagi acara pecut 100 meter wanita, Olga Safronova (Kazakhstan), Hajar Alkhadi (Bahrain), Dutee Chand (India), Liang Xiaojing (China), dan Nigina Sharipova (Uzbekistan).

Sementara itu, dua pelari pecut lelaki negara, Jonathan Nyepa dan Khairul Hafiz Jantan gagal menempatkan diri ke saingan final.

Khairul Hafiz Jantan yang memenangi pingat emas ketika di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur sekadar menamatkan acara separuh akhir di kedudukan ke enam dengan catatan masa 10.45 saat di saringan ketiga manakala Jonathan Nyepa menduduki tangga keempat dengan catatan masa 10.46 saat.

Perjuangan atlet pecut negara masih belum berakhir kerana mereka akan turun beraksi dalam acara 4×100 meter.

Please follow and like us:
0