Harimau Muda yang menggalas tugas di kejuaraan AFF B16 terus mempamer taring apabila mengesahkan tiga mata berharga selepas menundukkan Singapura 4-0.

Kemenangan itu sekaligus memberi tekanan ke atas Laos yang verada di tangga kedua dimana mereka akan turun berdepan pendahulu kumpulan B, Thailand malam ini.

Meskipun meraih mata penuh, namun masih resah dengan prestasi anak didiknya.

“Permulaan yang bagus dimana kita beri tekanan kepada mereka dan berjaya mendahului di awal permainan dan ia merupakan satu motivasi kepada pemain pemain,”kata Raja Azlan Shah

Gol pembukaan Harimau Muda hadir di minit kelapan menerusi Alif Daniel Abd Aziz sebelum Harith Naem Jaineh melebarkan kedudukan kepada 2-0 untuk Malaysia di minit 33.

Semangat juang anak didik Raja Azlan Shah semakin membara dan hampir menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat separuh masa pertama, namun, sepakan percuma Mohd Ikhwan Mohd Hafizo sekadar menggegar tiang gol Singapura.

“Mereka semakin selesa dan yakin tetapi setiap posisi tampak belum konsisten berbanding ketika menentang Brunei,”kata Raja Azlan Shah lagi.

Malah, Raja Azlan melihat tahap fokus pemain pemain memerlukan penekanan yang lebih baik khususnya ketika situasi genting.

Seminit sebaik babak kedua bermula, kerancakkan saingan semakin memuncak apabila Muhd Fahmi Daniel Mohd Zaaim melakar nama selaku penjaring ketiga.

Tekanan memuncak dirasai skuad kendalian Ryo Shigaki apabila pemain pertahanannya yang juga kapten pasukan Muhd Ryaan Sarizal tertampan bola ke gawang sendiri untuk memberikan gol keempat buat Malaysia.

Kemenangan 4-0 sekaligus memberikan kelegaan buat Raja Azlan Shah Raja So’ib yang menanti keputusan perlawanan diantara pendahulu kumpulan B, Thailand dan Laos.

 

- Advertisement -