Kurang tempoh 48 jam masa yang ada buat kesemua 26 pemain yang menjalani latihan pusat skuad kebangsaan untuk membuktikan mereka layak untuk mengisi 23 tempat kosong bagi mengharungi kempen Piala AFF Suzuki yang akan bermula minggu depan.

Senarai muktamad 23 pemain dijangka di umumkan Tan Cheng Hoe selepas perlawanan persahabatan antarabanga ‘A’menentang Maldives pada Sabtu.

Posisi penyerang terus menjadi tumpuan bakal menjadi salah satu nadi dalam memacu misi untuk meraih tiga mata berharga dalam setiap perlawanan.

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid antara yang dipanggil Tan Cheng Hoe bagi kem latihan terakhir skuad Harimau Malaya pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi di dalam kempen Piala AFF tahun ini.

“Saingan untuk kali ini agak sengit. Saya akan bagi sehabis baik dan untuk ke AFF kali ini jika dipilih, saya akan pastikan persediaan dari segi fizikal, mental dan jurulatih (Tan Cheng Hoe) mahu saya bersedia sepenuhnya,”kata Safawi.

 

 

Selain Sumareh, Safawi juga perlu dengan rakan sepasukan, Ahmad Hazwan Bakri serta beberapa pemain lain seperti Zaquan Adha, dan Syazwan Zainon yang turut berusaha untu merebut slot ke Piala AFF.

“Bagi saya tiada masalah kerana saya sudah melihat dua perlawanan sebelum ini, ianya positif untuk pasukan kebangsaan kerana sekarang ini kita sudah mampu untuk mengawal bola, mungkin belum ada rezeki tetapi kita mampu mencipta peluang,”kata Safawi lagi.

Dalam pada itu, pemain berusia 21 tahun ini turut berpendapat, Vietnam antara pasukan yang perlu diberi perhatian bagi saingan kumpulan, namun tidak memandang rendah kemampuan pasukan lain.

“Vietnam dan Myanmar. Kerana bagi saya mereka tidak seperti sebelum ini dan mereka sudah mempunyai modern football, kita tidak akan ambil mudah dan akan dapat keputusan yang positif,”kataya lagi.

Malaysia akan membuka kempen peringkat kumpulan Piala AFF pada 8 November berdepan Kemboja di Phnom Penh.  KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -