Giliran Jin Wei tersingkir, Liew Darren tarik diri

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/giliran-jin-wei-tersingkir-liew-darren-tarik-diri">
Twitter
Pinterest

 

Impian pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei merangkul trofi pertama tahun ini belum kesampaian apabila tewas di tangan pemain Thailand, Ratchanok Intanon di peringkat separuh akhir Perodua Malaysia Masters 2019.

Berdepan pemain ranking kelapan dunia, Jin Wei ternyata berdepan tugas sukar untuk mencari peluang sekaligus meraih mata.

Ketinggian Ratchanok tampak menjadi kelebihan selain kepantasan untuk memerangkap Jin Wei sekaligus mendahului sepanjang set pertama.

Biarpun Jin Wei bangkit di pertengahan set untuk merapatkan jurang mata, Ratchanok yang juga pilihan keenam menang set pertama dengan keputusan 21-16.

Jin Wei terus tenggelam dan buntu untuk mengawal permainan apabila setiap percubaan yang dilakukan berjaya dipatahkan Ratchanok.

Ratchanok yang juga juara bertahan memastikan slot final miliknya sekaligus meneruskan misi mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan 21-16, 21-16 dalam masa 36 minit.

“Saya agak kecewa kerana tidak berjaya untuk mengikuti perancangan yang telah ditetapkan. Di set kedua saya ada peluang untuk bangkit tetapi terlalu ghairah dan banyak melakukan kesilapan,”kata Jin Wei.

 

 

Sementara itu, perseorangan lelaki negara, Liew Darren menarik diri daripada beraksi di peringkat separuh akhir selepas mengalami kecederaan tapak kaki sekaligus memberikan kemenangan kepada pilihan keempat dari Korea, Son Wan Ho.

Liew Darren menjelaskan, kesakitan mula dirasai pagi tadi dan kesakitan itu masih berterusan ketika melakukan sesi pemanas badan.

 

Please follow and like us:
0