Jin Wei ‘tidak minat’ baju baru

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/jin-wei-tidak-minat-baju-baru">
Twitter
Pinterest

Mungkin pelik, tetapi inilah realiti yang dilakukan oleh jaguh perseorangan wanita negara ketika ini, Goh Jin Wei yang masih menggunakan baju yang sama sejak sekian lama.

Bagi Jin Wei, baju ini memberi makna tersendiri sepanjang penyertaannya samada di kejohanan tempatan mahupun peringkat antarabangsa.

Baju berwarna hitam yang seringkali dipakai Jin Wei hanya sepasang dan digunakan berkali kali samada ketika latihan atau beraksi di kejohanan.

 

Komen Goh Jin Wei tentang baju ‘bertuah’nya 

 

Jin Wei muncul pemain perseorangan wanita tunggal negara yang meneruskan perjuangan di Perodua Malaysia Masters selepas menundukkan Zhang Yiman dari China 21-13, 21-10 dalam masa 30 minit.

Jin wei akan berdepan tugas getir apabila dijadual bertemu seorang lagi wakil China, He Bingjiao yang juga pilihan kelima kejohanan untuk memburu slot ke separuh akhir esok.

 

Komen Goh Jin Wei selepas perlawanan menentang Zhang Yiman 

Please follow and like us:
0