Elvira kembali mendahului dengan kelebihan dua pukulan

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/03/elvira-kembali-mendahului-dengan-kelebihan-dua-pukulan">
Twitter
Pinterest

 

Nacho Elvira dari Sepanyol kembali mendahului di pusingan ketiga Kejohanan Golf Maybank selepas membuat pukulan enam-bawah-par 66 dengan jumlah pukulan sebanyak 203 selama tiga hari.

Di tempat kedua, pemain Amerika Syarikat David Lipsky yang membuat pukulan lima-bawah-par 67 dengan 205 pukulan selama tiga hari.

Dengan kurang tiga pukulan di belakang pendahulu, Maximilian Kieffer dari Jerman, Jazz Janewattananond dari Thailand dan Scott Hend dari Australia berkongsi kedudukan di tempat ketiga .

Pemain dari Malaysia Nicholas Fung di tempat ke-13 dan berkongsi kedudukan dengan dua lagi pemain sementara Gavin Kyle Green berkongsi tempat ke-30 dengan 11 lagi pemain.

— BERNAMA

Please follow and like us:
0