Selepas gagal melangkah ke final Piala Airmarin 2019, Malaysia boleh dikatakan menarik nafas lega selepas menamatkan kejohanan di kedudukan ketiga selepas menundukkan Afghanistan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi.

Harimau Malaya berterima kasih dengan jaringan sendiri pemain pertahanan, Abassin Alikhil yang tertampan bola ke gawang sendiri selepas cuba menghalang hantaran silang pemain pertahanan, Matthew Davies di penghujung perlawanan.

bagi Cheng Hoe, kemenangan yang diraih hasil usaha pemain pemain yang mahu menebus kekecewaan selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura dalam aksi pembukaan.

ā€œIa adalah kemenangan penting buat kamiā€¦satu penaik semangat yang baik untuk kami. Selepas tewas kepada Singapura, pemain sedar mereka tidak bermain dengan baik dan memberikan aksi terbaik mereka kali ini.

“Hari ini pemain beraksi dengan lebih fokus dan keyakinan pada separuh masa kedua. Kami bermain dengan baik dan menguasai permainan dan perlu mengekalkan momentum untuk perlawanan akan datang,ā€ kata pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe kepada media selepas perlawanan.

Gawang Malaysia bagaimanapun terlebih dahulu dibolosi pada babak pertama menerusi jaringan FaysalĀ Shayesteh.

Namun, pemain yang pertama kali dipanggil Tan Cheng Hoe,Ā  Mohd Faiz Mohd Nasir meledak gol penyamaan dua minit sebelum tamat babak pertama selepas rembatan dari luar kotak penalti mengegarĀ  palang sebelum disahkan sebagai jaringan.

 

- Advertisement -