Afif terpantas di Batu Kawan, tekad tebus kekecewaan di Jasin

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/04/afif-terpantas-di-batu-kawan-tekad-tebus-kekecewaan-di-jasin">
Twitter
Pinterest

 

 

Ahmad Afif Amran bangkit untuk menebus kehampaan sewaktu pusingan pembukaan apabila berjaya mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan CP150 pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha –CKJ Racing itu mencatat masa terpantas 52.310s yang dilakukan pada pusingan kelapan sambil Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsports Yamaha Racing) mencatat masa kedua terpantas dengan masa 52.413s sekaligus membawa dua jentera Yamaha untuk mendahului pusinngan kelayakan.

Dalam persaingan sengit dan menjadi tumpuan diantara dua jentera Yamaha dan Honda, naib juara pusingan lepas, Md Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) masih kekal memberikan cabaran apabila mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 52.493s manakala juara pusingan pembukaan, Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Yuzy Racing) keempat terpantas dengan masa 52.559s.

“Kegagalan menaiki podium di Melaka memberi sedikit kesan kepada kami. Litar di Jasin memberi banyak kelebihan kepada Honda namun berbeza di Batu Kawan yang kelihatan seimbang buat kedua-dua jentera,” jelas juara keseluruhan musim 2018 itu.

Tambahnya, “Sesi kelayakan ini sangat penting dan sebagai pelumba terpantas, saya merupakan pelumba terakhir yang keluar ketika sesi kelayakan Superpole esok. Ia memberi sedikit kelebihan kepada saya kerana mempunyai lebih masa untuk melihat dan mengkaji bagaimana aksi pelumba lain sebelum saya keluar ke litar.”

Sementara itu, Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) berjaya mencatat masa terpantas sesi kelayakan CP115 dengan catatan masa 54.433s manakala Md Aliff Danial M Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing bakal memulakan perlumbaan akhir kategori WIRA dari petak pertama setelah muncul pelumba terpantas sesi Shootout dengan catatan masa 55.753s

CP150 – PUSINGAN KELAYAKAN

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 52.310s

2 Ahmad Fazrul Sham (PRK) AHM Motorsports Yamaha Racing 52.413s

3 Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing 52.493s

4 Azroy Hakeem Anuar (SGR) Idemitsu Honda Yuzy Racing 52.559s

5 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) ONEXOX TKKR SAG Team 52.597s

CP115 – PUSINGAN KELAYAKAN

1 Md Adib Rosley (SGR) Motul Yamaha YY Pang Racing 54.433s

2 Md Syafiq Rosli (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 54.504s

3 Md Fareez Afeez Abd Rahman (JHR) Motul Yamaha YY Pang Racing 54.569s

4 Md Aiman Azman (KUL) Idemitsu Honda Yuzy Racing 54.745s

5 Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 54.904s

WIRA – Shootout

1 Md Aliff Danial M Asri (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 55.753s

2 Daniel El Fahim Harris El Hadi (PNG) AFB TECH Racing 55.915s

3 Md Izham Hanafi Amran (TRG) Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing 55.948s

4 Md Haziq Rosmaza (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing 55.949s

5 Md Amier Rossi Amidi (PHG) Super KIP Motorsports 55.953s

Please follow and like us:
0