AFF U15 – Pemain pemain wajar ‘dirai’ – P Maniam

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/08/aff-u15-pemain-pemain-wajar-dirai-p-maniam">
Twitter
Pinterest

 

 

Tiga kemenangan berturut turut yang diraih skuad bawah 15 tahun negara di Kejuaraan AFF di Chonburi, Thailand membuktikan kesungguhan pemain dan pengurusan untuk membuktikan Malaysia mempunyai pelapis yang berkualiti.

Pengendali skuad B15 negara, P Maniam melihat, pemain pemain ini wajar diberikan pujian diatas kerja keras yang telah dilalui sepanjang persiapan sebelum turun ke bumi Thailand untuk beraksi di kejohanan ini.

“Pemain pemain ini layak untuk memenangi perlawanan ini kerana semangat dan asakan yang diberikan kepada pihak lawan sekaligus memgbuktikan kita mempunyai kualiti tersendiri.

“Tetapi masih terlalu awal dan kami perlu terus fokus untuk perlawanan seterusnya. Saya dan barisan kejurulatihan bangga dengan prestasi pemain pemain ini dan karakter yang ditunjukkan,”kata P Maniam.

 

 

Malah, secara keseluruhan, P Maniam melihat pemain pemain sentiasa bergerak dan berada di mana sahaja sepanjang perlawanan untuk memastikan pasukan lawan tidak mempunyai peluang mudah untuk menembusi kubu negara.

Malaysia kekal menerajui tangga teratas, berkongsi sembilan mata dengan tuan rumah Thailand dibezakan dengan jumlah jaringan.

 

 

Malaysia menentang Laos pada 3 Ogos sebelum melengkapkan jadual peringkat kumpulan B menentang Thailand pada 5 Ogos.

 

 

Please follow and like us:
0