Muhammad Firdaus Saiyadi
Muhammad Firdaus

Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan menggantung dua pemain dari pasukan Liga Super, PDRM dan Perak selama dua tahun daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak ekoran positif ujian doping.

Menerusi kenyataan media, Muhammad Shafiq Jamal daripada pasukan PDRM dan Muhammad Firdaus Saiyadi dari pasukan Perak digantung bermula 9 Jun 2016 hingga 8 Jun 2018.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat pada Selasa lepas, berdasarkan ujian sampel air kencing kedua-dua pemain itu selepas perlawanan Liga Super di antara PDRM dan Perak di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 4 Mei lepas.

Kedua dua pemain didapati positif dalam ujian tersebut sekaligus melanggar Artikel 6 Peraturan AFC Anti-Doping 2016 berkenaan Peraturan Anti-Doping.
FAM menerusi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin mengumumkan dua pemain bolasepak tempatan didapati positif ujian doping.
Pemain tersebut mengambil bahan terlarang D-methamphetamine, sejenis dadah perangsang yang tersenarai dalam bahan larangan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
- Advertisement -