Pemenang Siri Kelayakan 100PLUS SRIXON zon Semenanjung Malaysia ini membuktikan kemampuannya meskipun berdepan cabaran angin yang tidak menentu selain keadaan green yang licin di Kelab Golf Kota Permai namun tetap berjaya untuk mengungguli Divisyen Lelaki āAā dan hanya berkelebihan satu pukulan didepan pemain Vietnam, Le Minh Nghia dan Chaipattana Jensaiklang dari Thailand.
Walaupun bermula baik dengan 2 birdie dilubang pertama dan kelima, namun tiga bogey selepas itu susulan keadaan angin yang sedikit kuat. Pemain berusia 15 tahun itu bagaimanapun bangkit untuk mengekalkan momentum sekaligus mendahului hari pertama.
Shah Alam, Selangor ā Aiden Tai John Robert memulakan hari pertama Kejohanan Golf Remaja 100PLUS SRIXON 2024 dengan langkah kanan selepas menutup hari pertama selaku pendahulu dengan catatan 74 pukulan 2 di atas par.
āSaya bermain dengan baik pada Sembilan lubang pertama tetapi bergelut kerana keadaan angin yang kuat selepas itu dan terlepas untuk mencatat keputusan yang baik kerana melakukan kesilapan mudah.
āSaya teruja untuk bermain dilapangan yang bertaraf antarabangsa dan mahu lihat kemampuan untuk bersaingan dengan pemain pemain terbaik dari luar negara. Saya berharap untuk kekalkan momentum seperti hari ini dan bermain dengan lebih baik di 18 lubang seterusnya esok,ā kata Aiden.
Sementara pemenang Siri Kelayakan Zon Timur Malaysia, Mohd Rafiq Anugerah Ali mengumpul 76 pukulan 4 di atas par untuk berada dikedudukan keempat manakala seorang lagi wakil negara, Ammer Aiman Mohd Fauzi mengumpul 77 pukulan 5 di atas par.
Sementara itu, saingan bagi kategori perempuan āAā menyaksikan Le Chuc An, pemain utama saingan amatur dari Vietnam mengungguli hari pertama dengan catatan 74 pukulan 2 di atas par, berkelebihan dua pukulan didepan pemain kelahiran India Zara Anand.
Pemenang Siri Kelayakan 100PLUS SRIXON zon Semenanjung Malaysia, Ngo Yi Belle terikat dikedudukan keempat dengan 78 pukulan 6 di atas par bersama sama Anessha Eva Velu.
Seorang lagi pemain Vietnam, Nguyen Bao Phat mencatat 75 pukulan 3 di atas par dan Jane Sim dari Korea Selatan mencatat 81 pukulan 9 di atas par sekaligus masing masing mengungguli Divisyen Lelaki āBā dan Perempuan āBā.
Sejumlah 80 pemain dari 10 negara mengambil bahagian di Kejohanan Golf Remaja 100PLUS SRIXON yang merupakan kejohanan dibawah kalendar Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR).