nintchdbpict0002700167801

Oleh Ku Mohd Lufti

Akibat mulut, badan binasa…itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada Sam Allardyce yang dipecat daripada jawatannya selaku pengurus England.

Pengerusi Persatuan Bolasepak England, Greg Clarke mengesahkan perkara tersebut menerusi sidang media khas.

Jelas Clarke, Allardyce dipecat susulan kenyataan media yang dikeluarkan menerusi sesi temubual khas bersama media tempatan yang memperkecilkan pemain pemain dan pengurusan persatuan.

“Tiada kritikan terhadap prestasi Sam Allardyce dimana beliau berjaya mengembalikan semangat pemain pemain, membina semula keyakinan dan strategi permainan yang berbeza dan memilih St George Park sebagai lokasi baru pejabar persatuan.

“Namun selepas pendedahan yang dibuat, kedudukannya tidak lagi terjamin, kami telah mengadakan perbincangan dan dia (Sam Allardyce) mengaku melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya. Saya tidak akan menilai dan menuduh secara melulu.

Tetapi ada kenyataannya yang boleh dianggap bodoh dan kami sependapat tiba masanya untuk dia beredar,” kata Greg Clarke.

Sam Allardyce menerusi temubual bersama The Daily Telegraph, mengutuk bekas pengendali, Roy Hodgson dengan panggilan ‘Woy’, malah menganggapnya tidak mempunyai personaliti yang baik ketika bercakap.

Allardyce yang juga bekas pengendali Bolton Wanderers, West Ham United dan Sunderland menggantikan Roy Hodgson Julai lalu.

Kariernya ibarat telur dihujung tanduk apabila mengkritik pemain pemain England yang dilabel sebagai gagal atas faktor halangan psikologi dan tidak mampu bersaing.

Malah keputusan pengurusan Persatuan untuk menaik taraf Stadium Wembley dianggap sebagai bodoh.

Pengurusan England kemudiannya bertemu dengan wakil The Tha Daily Telegraph untuk mendapatkan bukti bukti kenyataan yang dikeluarkan oleh Sam Allardyce sebelum membuat keputusan untuk memecatnya.

Pengurusan England sedang mencari calon pengganti dan Gareth Southgate antara yang disebut sebut bakal menggantikan Sam Allardyce.

Selain Southgate, calon lain yang disenarai pendek seperti Steve Bruce, Alan Pardew dan Eddie Howe.

- Advertisement -