Selepas hampir sebulan melakukan penilaian pemain yang menyertai Kem Latihan dan Pemilihan Kebangsaan, hari ini Ketua Jurulatih Kebangsaan, Arul Selvaraj menamakan 30 pemain untuk terus bersama Skuad Senior Lelaki Kebangsaan.

Menerusi senarai 30 pemain yang dikeluarkan untuk terus menjalani sesi latihan bersama pasukan kebangsaan, empat pemain mengisi posisi penjaga gol, 10 pemain di bahagian pertahanan manakala lapan pemain mengisi posisi tengah dan lapan lagi di bahagian penyerang.

Empat pemain yang tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama pasukan kebangsaan mendapat tempat dalam senarai 30 pemain pemain dan mereka ialah Muhamad Shafie Sahrom (penjaga gol), Zulpidaus Mizun (pertahanan), Pavandip Singh Gurdip Singh (tengah) dan Nur Rahul Hrisikesa Mohd Murni Tatchana (penyerang).

Mengulas mengenai 30 pemain yang dipilih untuk terus bersama skuad negara, Arul Selvaraj menjelaskan, pemain-pemain tersebut adalah mereka yang mencapai standard yang telah ditetapkan olehnya selain mereka ini juga adalah pemain yang mempunyai elemen-elemen penting untuk seseorang itu beraksi bersama pasukan kebangsaan.

 

“Pemilihan yang saya lakukan adalah berdasarkan kesungguhan yang telah mereka tunjukkan, kerja keras mereka untuk memastikan tempat di dalam pasukan kebangsaan dan walaupun ada beberapa pemain baru yang mungkin tidak pernah menonjol tetapi saya memilik mereka kerana tenaga yang dimiliki mereka, disiplin yang baik dan juga semestinya kerja keras mereka.

“Kriteria yang dimiliki oleh pemain-pemain ini juga adalah ciri-ciri yang ingin saya serapkan dalam pasukan kebangsaan kerana di Malaysia ramai pemain yang berbakat dan boleh bermain hoki tetapi mereka hilang elemen-elemen untuk beraksi di dalam pasukan kebangsan.

“Kerja keras, etika semasa menjalani latihan mahupun perlawanan, kecekalan dan semangat untuk terus berlawan adalah elemen-elemen penting yang perlu ada untuk pemain beraksi bersama pasukan kebangsaan dan saya mahu kekalkan perkara tersebut di dalam diri pemain-pemain kebangsaan.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan, kami telah bermain empat perlawanan persahabatan dan daripada perlawanan tersebut saya dapat menilai pemain yang boleh bermain di bawah tekanan ataupun tidak.

“Kemudian apabila PKPB dikuatkuasakan, kami berubah kepada sesi latihan sahaja dan saya menerapkan sesi latihan dengan tempo yang tinggi dan daripada latihan tersebut juga saya dapat melihat siapa pemain yang mempunyai tahap kepekaan yang tinggi, boleh beraksi di tahap yang tinggi dan kerja keras yang mereka tunjukkan menerusi data yang telah saya kumpul,” jelasnya yang memilih pemain rata-ratanya berusia purata 25.4 tahun.

Berikut merupakan senarai pemain terpilih untuk bersama Skuad Senior Lelaki Kebangsaan.

 1. MOHAMMAD HAIRI B. ABDUL RAHMAN PENJAGA GOL 

2. ADRIAN ANDY ALBERT PENJAGA GOL 

3. MUHAMAD SHAFIE B. SAHROM PENJAGA GOL 

4. MUHAMMAD HAFIZUDDIN B. OTHMAN PENJAGA GOL 

5. MUHAMMAD RAZIE B. ABDUL RAHIM PERTAHANAN 

6. MUHAMMAD MARHAN B. MOHD JALIL PERTAHANAN 

7. MUHAMMAD NAJMI FARIZAL B. JAZLAN PERTAHANAN 

8. SYED MOHAMAD SYAFIQ B. SYED CHOLAN PERTAHANAN 

9. MUHAMMAD NAJIB B. ABU HASSAN PERTAHANAN 

10. SYARMAN B. MAT TEE PERTAHANAN 

11. MUHAMMAD ARIF SYAFIE B. ISHAK PERTAHANAN 

12. MUHAMMAD AMINUDDIN B. MOHD ZAIN PERTAHANAN 

13. MUHAMMAD AMIROL AIDEED B. MOHD ARSHAD PERTAHANAN

14. ZULPIDAUS B. MIZUN PERTAHANAN

15. FAIZ HELMI B. JALI TENGAH

16. MEOR MUHAMMAD AZUAN B. HASSAN TENGAH

17. MOHAMAD ASHRAN B. HAMSANI TENGAH

18. NIK MUHAMMAD AIMAN B. NIK ROZEMI TENGAH

19. PAVANDIP SINGH GURDIP SINGH TENGAH

20. MUHAMAD RAMADAN B. ROSLI TENGAH

21. NORSYAFIQ B. SUMANTRI TENGAH

22. MUHAMMAD HAFIZ B. ZAINOL TENGAH

23. FAIZAL B. SAARI PENYERANG

24. MUHAMMAD SHAHRIL B. SAABAH PENYERANG

25. MUHAMMAD NOR FIRDAUS B. ROSDI PENYERANG

26. MUHAMMAD FIRHAN B. ASHAARI PENYERANG 

27. MUHAMMAD AZRAI AIZAD B. ABU KAMAL PENYERANG

28. TENGKU AHMAD TAJUDDIN B. TENGKU ABDUL JALIL PENYERANG

29. MUHAMMAD HAZIQ B. SAMSUL PENYERANG

30. NUR RAHUL HRISIKESA B. MOHD MURNI TATCHANA PENYERANG 

- Advertisement -