20160511 - Pasukan Uber & Piala Thomas Badminton Malaysia-013

Oleh Ku Mohd Lufti

Jurulatih beregu wanita negara, Wong Pei Tty enggan mendedahkan pemain wanita yang akan beraksi dalam acara beregu di Kejohanan Badminton Piala Uber bermula 15 Mei ini.

Ini kerana Wong Pei Tty perlu menilai tahap kecergasan pemain pemain ketika sesi latihan di China sebelum memutuskan siapa yang akan bermain dalam acara beregu.

ā€œSaya belum boleh bercakap mengenainya kerana kami ( barisan kejurulatihan ) belum buat keputusan. Bagi saya kami perlu tengok prestasi pemain sepanjang sesi latihan di China dan perlu menilai lawan kami sebelu memutuskan gandingan yang terbaik. ā€œKata Wong Pei Tty.

Vivian Hoo Kah Mun, Woon Khe Wei, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, Amelia Anscelly dan Goh Liu Ying merupakan pemain wanita negara yang diletak dalam senarai pemain yang akan beraksi untuk acara beregu.

Malah, Wong Pei Tty melihat sasaran untuk ke peringkat suku akhir adalah relevan meskipun perlu berdepan tuan rumah, China.

ā€œKiat ada peluang baik untuk ke suku akhir. Peluang untuk menang dengan Sepanyol adalah 60-40, tetapi dengan Denmark, peluang adalah seimbang.ā€tambah Wong Pei Tty lagi.

Malaysia akan memulakan saingan kumpulan A berdepan tuan rumah, China sebelum menentang Denmark pada 17 Mei.

- Advertisement -