Penundaan kejohanan kejohanan badminton diperingkat antarabangsa khususnya susulan pandemik Covid 19memaksa badan induk badminton dunia (BWF) memutuskan untuk membekukan ranking dunia dan ranking remaja dunia.

BWF menerusi kenyataan media memberitahu pembekuan ranking dunia akan dikembalikan kepada minggu ke-12 iaitu kejohananan antarabangsa terakhir, All England 2020 di Birmingham, England dari 11 hingga 15 Mac lalu.

Ia berkata senarai ranking yang dikeluarkan pada 17 Mac akan menyediakan asas untuk pendaftaran dan menentukan pemain pilihan pada kejohanan antarabangsa akan datang.

Mengulas tentang status kejohanan yang masih ditunda, BWF masih belum dapat membuat sebarang keputusan dan tidak menolak kejohanan yang dijadual berlangsung pada Mei dan Jun juga akan ditangguhkan.

BWF berkata Suruhanjaya Atlet menyokong penuh pembekuan ranking dunia sambil menambah bahawa prosedur yang tepat untuk menarik balik pembekuan akan ditentukan berdasarkan maklumat kalendar kejohanan yang kini disemak semula.

Bagaimanapun, menurut BWF, pembekuan ranking dunia itu tidak diguna pakai untuk sistem kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang ditangguh kepada tahun depan.

Kento Momota dari Jepun masih mengekalkan kedudukannya selaku pemain nombor satu dunia bagi perseorangan lelaki manakala Tai Tzu Ying merampas kedudukan daripada Chen Yufei selaku jaguh teratas perseorangan wanita.

The Minion atau Markus Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukalmujo dari Indonesia pula menduduki ranking teratas bergu lelaki sementara gandingan dari China Chen Qin Chen-Jia Yi Fan serta Zheng Siwei-Huang Ya Qiong pula merupakan pemain nombor satu bagi bergu wanita dan bergu campuran.Ā Ā 

- Advertisement -