axiata.bam

Oleh Ku Mohd Lufti

2016 celcom axiata Malaysia Open - logoPersatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat suntikan apabila menjalinkan kerjasama bersama Celcom Axiata Berhad sebagai salah satu penaja utama selama tiga tahun dengan nilai 24 Juta ringgit.

Kejohanan kali ini merupakan titik penting buat BAM dalam memastikan status Siri Super Premier itu dapat dikekalkan pada 2018.

Ini kerana, Persekutuan Badminton Dunia, BWF akan membuat penilaian terhadap pencapaian negara selepas empat tahun menganjurkan kejohanan dengan status itu.

Pihak BWF akan melihat 3 kriteria utama dalam menentukan sama ada kejohanan itu berstatus Primier ataupun tidak, pengalaman daripada tetamu kehormat ,jumlah kehadiran penonton serta kepuasan pemain yang menyertai kejohanan.

Kejohanan Badminton Malaysia kini berwajah baru apabila penaja syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Berhad tampil selaku penaja utama kejohanan bermula tahun 2016 sehingga 2019.

“Saya yakin dengan imej Celcom Axiata yang sudahpun terkenal di Malaysia, kehadiran mereka pastinya akan menaikkan lagi mutu sukan badminton di malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi.’ Kata Tan Sri al Amin Abdul Majid.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly menjelaskan,penajaan tersebut akan turut digunakan untuk pembangunan, termasuk perbelanjaan pemain ke kejohanan luar negara dan insentif kepada kecemerlangan pemain.

“Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada sukan yang diminati oleh rakyat Malaysia dan memainkan peranan untuk menjadi penaja utama bagi kejohanan Terbuka Malaysia. Malah, ini adalah peluang buat sukan badminton di Malaysia untuk kembali menyinar menerusi program yang lebih efektif,” katanya.

Datuk Seri turut menambah, Celcom Axiata turut memperuntukan tidak kurang daripada RM10 juta selama tiga tahun untuk tujuan promosi.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan dengan Persatuan Badminton Malaysia BAM di Putrajaya turut disaksikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun razak di Putrajaya. 

BAM diwakili pemangku Presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid manakala Celcom Axiata diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Turut menyaksikan perjanjian ini adalah Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Celcom Axiata menggantikan Maybank selaku penaja utama sejak 2011.

- Advertisement -