Skuad Harimau Malaya mengesahkan pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools sebagai pemain ke 26 yang akan menyarung jersi negara bagi menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kenyataan itu dimuat naik di laman rasmi facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin. 

Pemain berusia 24 tahun itu beraksi bersama pasukan Liga Denmark, FC Midtjylland telah tiba di hotel penginapan skuad kebangsaan di Dubai hari ini selepas segala proses dokumentasi di peringkat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selesai melibatkan status kelayakan beliau dan pendaftaran bersama pasukan.

Ayah Dion Cools merupakan rakyat Belgium manakala ibunya adalah warga negara Malaysia.

Cools Lahir di Kuching, Sarawak, mempunyai pengalaman yang nyata diperlukan oleh Tan Cheng Hoe dimana beliau telah membarisi diturunkan sebanyak 32 kali oleh FC Midtylland sepanjang musim 2019/20 dan 2020/21, termasuk tiga kali dalam saingan Liga Juara-juara Eropah.

Malah, beliau sendiri yang beraksi di posisi pertahanan turut memainkan peranan untuk mengekang asakan pemain pemain ternama antaranya pemain Liverpool FC seperti Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Diogo Jota dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-juara Eropah musim ini.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan berdepan Emjiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis ini, disusuli aksi menentang Vietnam pada 11 Jun sebelum melengkap jadual menentang Thailand pada 15 Jun dalam saingan Kumpulan G.

Tan Cheng Hoe bagaimanapun enggan memberi tekanan kepada Cools kerana beliau baharu tiba dan perlu menyesuaikan diri dengan sistem latihan Harimau Malaya.

Malah, Tan Cheng Hoe tidak hanya melihat kemampuannya sebagai perkara utama, tetapi mahu pemain itu serasi dengan pemain pemain lain samada ketika di dalam padang mahupun diluar padang.

Justeru, beliau juga menuntut pemain pemain yang lain untuk sama sama membantu Cools untuk cepat menyesuaikan diri dengan kem Harimau Malaya sebelum memutuskan samada beliau bersedia untuk diturunkan atau sebaliknya.

Dion Cools beraksi di posisi pertahanan kanan dan pastinya akan berdepan saingan sengit dengan Matthew Davies.

Namun, Cheng Hoe belum memutuskan posisi mana yang akan menjadi milik Cool kerana masih banyak yang perlu dinilai barisan kejurulatihan.

- Advertisement -