Pembukaan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Jasin, Melaka hari ini menyaksikan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz mengekalkan dominasi pada awal musim dengan catatan masa terpantas di sesi kelayakan CP150.

Md Akid Aziz yang merupakan juara keseluruhan musim lalu memulakan aksi di sesi kelayakan 1 dengan catatan masa terpantas 49.491s diikuti oleh Md Iqbal Amri Abdul Malek dari Yamaha Tekhne AHM Motor Sports pada 50.083s dan Pelumba, Jetron Yamaha YYPang Racing Team, Md Aiman Tahiruddin yang catat 60.088s.

Pelumba-pelumba ini telah mempamerkan daya saing tinggi selain dalam usaha mencari pelarasan terbaik bagi jentera masing-masing.

Di sesi kelayakan 2 pula, Akid terus dicabar oleh beberapa pelumba ternama seperti Pelumba Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar serta pelumba-pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Nazirul Izzat Md Bahauddin dan Kasma Daniel Kasmayudin yang cuba merebut kedudukan teratas namun Akid menafikannya dengan catatan terpantas 49.256s.

Akid kembali ke musim baharu ini dengan matlamat untuk mempertahankan kejuaraannya. sekaligus menempatkan Azroy yang mencatat 49.325s di tangga kedua diikuti Kasma yang mencatat 49.626s.

Menurut Akid, “Di sesi Kelayakan 2 tadi, saya cuba cari “racing line” terbaik, sebab risiko jatuh itu agaktinggi. Kita boleh teruskan kelajuan, tetapi kalau dah terjatuh, memang sukar untuk kita.

“Oleh itu, saya cuba untuk kekalkan kelajuaan dan lap masa yang konsisten dan akan terus mencari jalan terbaik untuk mengekalkan kedudukan dan untuk mencatatkan masa terbaik.

“Perlumbaan esok sudah pasti sengit terutamanya untuk pelumba di P1 hingga P5 tetapi kita tengok dahulu situasinya . Masing-masing ada risiko, cuma untuk elakkan daripada jatuh tu agak susah. Saya cuba macam-macam braking dan cara untuk elakkan jatuh memang saya tetap akan jatuh. Esok saya cuba perbaiki lagi” katanya.

Di tempat kedua adalah Azroy dengan catatan masa terpantas pada 49’325s.

Kasma mencatatkan masa ketiga terpantas pada 49’626s.

Sementara itu, turut memperlihatkan permulaan yang baik adalah pelumba Jetron Yamaha YYPang Racing Team, Md Khairi Asyraf Mahmood yang menguasai sesi kelayakan kategori CP125.

Pada permulaan, juara keseluruhan CP125 musim lalu itu selesa menguasai litar Jasin, Melaka dengan catatan masa terpantas 51.667s pada sesi latihan 1 dan 52.181s pada sesi latihan 2. Pelumba kelahiran Johor itu tenang memanfaatkan pengalaman yang ada terus mempamerkan prestasi konsisten dan menerajui kedudukan apabila menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa terpantas 52.215s sekaligus meyakinkan meraih kemenangan pada perlumbaan esok.

Selepas Khairi, pelumba yang meraikan kedudukan kedua adalah rakan sepasukannya, Md Shafiq Ezzariq yang mencatat masa terpantas 52.437s diikuti wakil PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing Md Syamil Amsyar M Iffende dengan catatan 52.493s.

Khairi berkongsi, “Saya akan cuba yang terbaik untuk diri saya. Dari segi jentera saya, mereka telah membuat pelarasan yang agak baik untuk saya, jadi saya cuma fokus jalankan tugas saya untuk perlumbaan esok. Sudah pasti persaingan sengit lebih-lebih lagi dengan barisan pelumba yang agak kompetitif namun begitu, saya akan berikan yang terbaik.

Dalam pada itu, pelumba Wira KBS, Farres Putra Md Fadhil kekal di puncak pada hari pertama beraksi bersama pasukan baharunya, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing.

Pada sesi latihan bebas pagi tadi, Farres cemerlang menamatkan saingan dengan catatan masa terpantas 53.473s, manakala pelumba Winbox KM+ AXLA, Md Iman Fahmi Senin mencatat 53.827s untuk berada di kedudukan kedua. Di tempat ketiga adalahAdi Putra Anahar dengan catatan 54.036s.

Ketika sesi latihan 2, Farres yang tampil dengan aksi lebih agresif berjaya mencatat masa terpantas 52.834s meninggalkan pesaingnya dari Yamaha Estremo 27 Racing, Md Adib Arsyad Md Hisam yang mencatat 54.095s dengan jurang 1.261s di belakangnya. Ini diikuti olehpelumba Honda KC Racing, Adi Putra Anahar dengan catatan 54.133s untuk menduduki tangga ketiga.

Bekas pelumba V. Fiertech Wiramuda Racing itu seterusnya menamatkan sesi kelayakan dengan catatan terpantas 53.182s sekaligus meletakkan dua pelumba Honda KC Racing, Md Akif Abdullah dengan catatan 53.420s dan Adi Putra Anahar yang mencatat 53.604s di tangga kedua dan ketiga.

Farres berkata “Saya sungguh gembira bersama pasukan baru walaupun masih banyak lagi untuk saya belajar bersama mereka. Namun begitu,saya akan cuba menyesuaikan diri secepat mungkin dengan pasukan baru, teruskan komunikasi yang baik, dan berharap agar kerjasama ini berterusan bukan saja bagi tahun ini malah bagi tahun-tahun akan datang.”

- Advertisement -