Meskipun turun dengan barisan pemain berusia 13 tahun, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) B13 tetap mampu memberikan tentangan sengit dalam saingan Liga Perdana, Liga Piala Menteri Pelajaran Malaysia Bawah 14 tahun musim ini.
11 perlawabnan yang diharungi SSTMI B!3 melakar lima kemenangan, dua seri dan empat kekalahan untuik berada di kedudukan keenam daripada 15 pasukan yang beraksi di Liga Perdana.
Pengendalinya, Ahmad Yasserr Mohd Najib, menjelaskan, pengalaman dan ilmu daripada DNA Bolasepak Malaysia yang dilancarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) antara kunci kejayaan anak didiknya.
âKita cuba terapkan corak permainan masa kini seperti DNA Bolasepak Malaysia. Saya berkesempatan mengikuti beberapa kursus bersama sama FAM dan menggunakannya terhadap pasukan ini,âkata Yasseer.
SSTMI B13 melakar kemenangan kelima selepas menang tipis 1-0 ke atas SMK Seri Kota, hasil penalti yang disempurnakan Muhd Ashraaf Suffian di minit 65.
âKita bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan disetiap perlawanan. Kami mungkin tewas dari aspek fizikal, tetapi semangat tinggi pemain menjadi senjata pasukan,âkatanya lagi.
Kedudukan pendahulu kekal milik Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B14 B yang melakar kemenangan selesa 2-0 ke atas MSS W.P Labuan, mengumpul 29 mata, empat mata didepan SMK Seksyen 11 yang meraih satu mata selepas terikat tanpa jaringan dengan pasukan tangga ketiga, SMK Putera.
Saingan Liga Super menyaksikan SSMP B14 A terus gah ditangga teratas susulan kemenangan 4-0 ke atas SMK Gunung Rapat.
SSMP B14 A mengumpul 29 mata, berkelebihan enam mata berbanding pasukan tangga kedua, SMK Taman Bukit Indah yang melakar kemenangan 2-0 ke atas SMK Tunku Anum.
Manakala SMK Mutiara Impian kekal ditangga ketiga dengan 14 mata, hanya dibezakan dengan satu mata berbanding SMK Seberang Temerloh yang melakar keputusan seri satu sama ke atas SMK Presint 14 (1).
Aksi Liga Piala Remaja KPM â FAM Bawah 17 pula menyaksikan SMK Taman Bukit Indah mengungguli carta Liga Super selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas SMK Tunku Anum.
SMK Taman Bukit Indah mengumpul 21 mata, satu mata didepan SSMP B16 yang turut meraih tiga mata selepas menang 2-1 ke atas SMK Gunung Rapat..
SMK Seberang Temerloh pula terlepas peluang untuk merampas kedudukan liga selepas terikat satu sama dengan SMK Presint 14 (1).
Saingan Liga Perdana pula diterajui menyaksikan SMK Seksyen 11 yang meengumpul 30 mata selepas 12 perlawanan, lapan mata didepan SMK Tun Hussein Onn.
Manakala SMK Victoria di kedudukan ketiga dengan 21 mata, dua mata didepan SMK Anderson.
KEPUTUSAN PERLAWANAN (B14)
SSMP B14 4
SMK Gunung Rapat 0
SMK Presint 14 (1) 1
SMK Seberang Temerloh 1
SMK Tunku Anum 0
SMK Taman Bukit Indah 2
SMK Kem Terendak 0
SMK Anderson 5
SSTMI B13 1
SMK Seri Kota 0
MSS Putrajaya 0
SMK Tun Hussein Onn 2
SMK Seksyen 11 0
SMK Putera 0
MSS WP Labuan 0
SSMP B14 B 2
SMK Datuk Peter Mojuntin 2
SMK Syed Hassan 2