Persatuan Bolasepak Kedah (KAFA) mula mengorak langkah bagi persiapan menjelang musim baru Liga Malaysia dan saingan Liga Juara Juara AFC 2020.

Bekas penyerang import Terengganu FC kelahiran Liberia, Kipre Tchetche Hermann Brice dan penyerang PKNS FC kelahiran Ivory Coast, Kpah Sean Sherman, dua tonggak ini sah menyarung jersi Hijau Kuning.

Penyertaan kedua-dua pemain itu diumumkan Naib Presiden 1 Persatuan Bolasepak Kedah, KFA merangkap Ketua Unit Skuad Liga Super Kedah, Anas Hafiz Mustaffa.

Pemilihan kedua-dua penyerang prolifik itu sesuai dengan kehendak pasukan yang akan bersaing di peringkat Asia.

‘Sebab kita nak cuba bersaing di peringkat tertinggi, Asia. Jadi kita memerlukan gandingan penyerang yang terbaik, semua tau Kpah penjaring terbanyak liga super 2019, Kipre penjaring terbanyak Liga super 2018. Combinasi kedua2 pemain ni mungkin satu kejayaan yang boleh kita cipta untuk 2020,’, kata Anas

Kedua-dua pemain itu dijangka tiba di Alor Setar hujung bulan ini untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Selain Kpah dan Kipre, Anas Hafiz turut mengumumkan enam pemain baharu yang akan bersama pasukan itu musim depan.

Mereka termasuk bekas pemain Kuala Lumpur, Muhammad Irfan Zakaria; bekas pemain PKNS FC, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew; dan pemain kelab Sagan Tosu FC di Jepun, Tam Sheang Tsung.

Turut menyarung jersi Lang Merah’ bekas ketua pasukan Felda United, Muhammad Hadin Azman; penjaga gol PDRM, Mohd Shahril Sa’ari; dan pemain pertahanan UiTM FC, Zulkhairi Zulkepli.

KFA turut mengekalkan 13 pemain musim ini antaranya Baddrol Bakhtiar, David Rowley, Zaquan Adha Abd Razak, Farhan Roslan dan dua import iaitu Renan Alves dan Shakir Hamzah.

- Advertisement -