Petinju profesional negara, Farkhan Haron semakin gah di arena tinju antarabangsa selepas merangkul tali pinggang Cruiserweight Majlis Tinju Dunia (WBC) dan Persatuan Tinju Dunia (WBA) susulan kemenangan ke atas penyandang juara dari Indonesia Alexender Bajawa.

Petinju kelahiran Johor ini menewaskan lawannya dengan keputusan knock out (KO) dipusingan ketiga di Pattaya semalam sekaligus menjadi petinju dari Malaysia yang memegang dua tali pinggang, WBA dan WBC.

‘Pusingan pertama dan kedua, saya perlu mengawal rentak terhadap lawan. Manakala pusingan ketiga, perancangannya adalah untuk merendahkan momentum untuk menghadapi dua pusingan seterusnya atau format 2-1-2-1 (dua pusingan menyerang, satu pusingan bertahan).

‘Ketika pusingan ketiga, lawan (Alexender) agak aggresif dan saya perlu lebih aggresif untuk menewaskan dia. Jika saya alpa, dia akan mengambil kesempatan,’kata Farkhan.

Farkhan melepaskan tumbukan yang mengena dagu Alexender sekaligus rebah dan diisytiharkan menang menerusi keputusan KO.

 

Tambah Farkhan, beliau tidak akan berehat untuk meraikan kejayaan ini sebaliknya akan bertarung pada bulan Ogos depan bagi memperbaik ranking semasanya.

- Advertisement -