Impian untuk melihat pingat pertama dari kem trek negara semakin hampir selepas jaguh keirin negara Azizul Hasni Awang menamatkan saingan pusingan kedua acara Keirin lelaki sekaligus melangkah ke pusingan penentuan pingat.

Pelumba kelahiran Terengganu ini yang berada di belakang ketika motor pacer berada di dalam trek melakukan henjutan sebaik mendapat peluang untuk berada didepan pada satu ketika.

Namun kedudukan berubah memasuki pusingan terakhir menyaksikan pelumba tuan rumah, Matt Glaetzer muncul pemenang manakala Azizul dikedudukan kedua, ketinggalan 0.104 saat, manakala pelumba dari Wales, Lewis Oliva ketiga.

Terdahulu, turut mengesahkan slot ke pusingan penentuan pingat, dua pelumba New Zealand, Sam Webster dan Edward Dawkins yang menduduki tangga pertama dan ketiga manakala Jack Carlin menamatkan pusingan kedua saringan pertama.OLEH KU MOHD LUFTI 

KEPUTUSAN PERINGKAT KEDUA

*kedudukan 1-3 layak ke penentuan pingat

* kedudukan 4-6 beraksi dipenentuan tempat ke 6 – 12

 

- Advertisement -