Perjuangan kem Malaysia di Terbuka Singapura diteruskan dua pasangan bergu yang melangkah ke separuh akhir selepas mengatasi lawan di suku akhir.

Bergu campuran nombor dua negara, Goh Soon Huat/Shevon Lai Jamie mengesahkan slot ke separuh akhir selepas mengatasi lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy/Pitha Haningtyas Mentari dengan kemenangan straight set 21-17, 21-13 dalam masa 33 minit

Jejak Soon Huat dan Shevon gagal diekori gandingan bergu lelaki, Mohd Arif Abd Latif/Nur Mohd Azryn Ayub yang kecundang kepada gandingan China, Ou Xuanyi/Ren Xiangyu.

Arif dan Azryn dipaksa bertarung tiga set sebelum tumpas 21-9, 16-21, 15 – 21 selepas bertarung selama 46 minit .

Turut sama tersingkir di pusingan suku akhir, perseorangan profesional negara, Chong Wei Feng apabila kecundang di tangan pemain China, Qiao Bin straight set 14-21, 18-21.

 

- Advertisement -