• Newcastle United bakal memulakan langkah untuk proses pembaharuan kelab itu dengan menjadikan pemain tengah Brazil Philippe Coutinho sebagai sasaran. The Magpies dikhabarkan bersedia untuk membelanjakan 80 juta Euro untuk membawanya ke St James Park.

 

 

 

  • Selain Coutinho, pemain pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly turut menjadi sasaran dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £69.8 juta. pemain berusia 28 tahun itu berhasrat untuk meninggalkan Napoli penghujung musim ini dan Liverpool menjadi pilihannya.

  • Arsenal berkemungkinan mendapatkan penyerang Inter Milan, Mauro Icardi sebagai pengganti Pierre Emerick Aubameyang yang dijangka meninggalkan The Gunners selepas kontraknya tamat.

 

  • Pemain muda yang sedang meningkat naik kelab Barcelona, Marc Jurado menolak tawaran sebagai pemain profesional dan dikatakan lebih berminat untuk ke Old Trafford menyertai Manchester United

 

 

  • Chelsea mensasarkan penyerang berusia 33 tahun, Dries Mertens yang masih belum memutuskan masa depannya bersama Napoli dimana kontraknya akan tamat penghujung musim.

 

 

  • The Blues juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic Savic. Namun perlu menbayar sekitar £80 juta untuk membawa pemain Serbia itu ke Stamford Bridge.

 

 

  • Ejen Henrikh Mkhitaryan menafikan Arsenal mahu menjual pemain kelahiran Armenia itu dan menyifatkan laporan melibatkan kliennya sebagai palsu.

 

 

  • Pemain tengah Barecelona, Ivan Rakitic belum memikirkan sebarang perancangan untuk meninggalkan Nou Camp sehingga kontraknya tamat pada 2021.

 

- Advertisement -