Dua pemain Laos dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup daripada menyertai sebarang aktiviti bolasepak selepas didapati mengatur perlawanan ketika aksi persahabatan menentang Hong Kong.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Khampeng Sayavutthi dan Lembo Saysana didapati bersalah kerana berkomplot dan memanipulasi keputusan aksi persahabatan antarabangsan diantara Laos dan tuan rumah Hong Kong yang berlangsung pada Oktober 2017.

Panel displin menggantung dua pemain ini daripada melibatkan diri dengan sebarang aktiviti berkaitan bolasepak untuk seumur hidup.

Maklumat perinci tentang tuduhan dan siasatan yang dijalankan tidak didedahkan oleh AFC kerana badan induk bolasepak Asia itu menegaskan tidak ada tolak ansur melibatkan isu mengatur perlawanan.

Ini bukanlah kes pertama melibatkan negara Laos berhubung kes mengatur perlawanan. Kelab Lao Toyota FC digantung AFC pada 2018 kerana mengatur dan mempengaruhi keputusan perlawanan ketika tahun 2015 dan 2016.

Meskipun mempunyai peminat fanatik yang positif, namun masalah kewangan selain pengurusan yang lemah dan pelaburan yang sedikit melibatkan  sukan bolasepak di negara itu dilihat antara faktor wujudnya gejala negatif ini.

 

 

 

- Advertisement -