Belum pun liga di Itali disambung, tujuh kes positif Covid 19 dikesan melibatkan pemain kelab Serie A dimana empat merupakan pemain kelab Sampdoria manakal tiga lagi dari kelab Fiorentina.

Menerusi kenyataan oleh kelab Sampdoria, daripada empat pemain tersebut seorang daripadanya telah dikesan positif sebelum ini dan telah menjalani rawatan dan dilaporkan pulih.

Namun beliau disahkan positif untuk kali kedua sementara tiga lagi merupakan kes baru.

Kelab kelab di Serie A sedang menjalani ujian Covid 19 sebelum turun menjalani latihan secara individu di pusat latihan kelab.

 Sebelum ini kelab Fiorentina mendedahkan tiga pemain dan tiga pegawai kelab itu disahkan positif Covid 19 menjadi jumlah keseluruhan lapan kes dan merupakan yang tertinggi berbanding kelab kelab di Serie A.

Lima pemain Fiorentina yang didedahkan positif Covid 19 adalah; Omar Colley, Albin Ekdal, Morten Thorsby, Antonio La Gumina and Manolo Gabbiadini

Fiorentina akan menjalani ujian saringan hari ini sebelum memulakan sesi latihan.

Menteri Sukan Itali, Vicenzo Spadafora menjangkakan sesi latihan berpasukan dapat diteruskan pada 18 Mei.

 

 

- Advertisement -