Chelsea terus berusaha untuk memujuk Borussia Dortmund melepaskan pemain muda sedang meningkat naik, Erling Haaland dan pemain tengah berusia 17 tahun, Jude Bellingham.

 

Manchester United memulakan rundingan untuk mendapatkan pertahanan Real Madrid, Raphael Varane dengan nilai permulaan £50 juta. Namun Real Madrid telah menetapkan nilai £80 juta untuk pemain berusia 28 tahun itu jika mahu meninggalkan Santiago Bernabeu.

 

Perbincangan itu mungkin berdepan kesukaran kerana The Galaticos dilaporkan telah mengadakan rundingan dengan Varane untuk terus kekal di Real Madrid.

 

 

Pemain pertahanan yang sedang dipancing Chelsea, Achraf Hakimi secara lisan bersetuju untuk menyertai The Blues. Inter Milan sebelum ini menolak tawaran daripada Chelsea dan Paris St Germain namun spekulasi bertiup kelab Serie A itu mahukan £43 juta dan pertahanan kiri, Marcos Alonso.

 

Dalam itu PSG bersedia untuk ‘memintas Chelsea apabila dan bersedia menawarkan £60 juta kepada Inter Milan untuk mendapatkan Achraf Hakimi .

 

 

AS Roma berusaha untuk mendapatkan pemain tengah Aston Villa Douglas Luiz sebagai calon alternatif jika mereka gagal mendapatkan pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka.

 

 

Leicester City berharap pemain tengah mereka, Youri Tielemans akan bersetuju dengan tawaran kontrak baharu sekaligus terus kekal bersama The Foxes. pemain berusia 24 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Liverpool

 

 

 

 

Pemain tengah Manchester United, Jesse Lingard menangguhkan proses rundingan kontak baharu bersama kelab itu dan hanya akan memberi jawapan sebaik melapor diri bagi kem pra musim bulan depan. Ia ibarat peluang yang dinanti West Ham United yang menanti jawapan pemain berusia 28 tahun itu dna mahu mendapatkannya secara tetap.

 

Jurgen Klopp terpikat dengan pencapaian penyerang muda Real Sociedad, Alexander Isak yang meledak 17 gol dalam La Liga musim lalu malah turut membantu kelabnya meraih gelaran Copa del Rey.

 

 

- Advertisement -