Ejen kepada bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes mengemukakan tawaran kepada Manchester City untuk mendapatkan pemain berusia 36 tahun itu. The Citizen bagaimanapun hanya mahu menumpukan untuk mendapatkan tonggak penyerang England, Harry Kane sebelum jendela perpindahan ditutup.

 

Kane dalam pada itu memberitahu Pengerusi Spurs, Daniel Levy, beliau gagal untuk mematuhi perjanjian yang diperlukan untuk melengkapkan perpindahan ke City dengan nilai dianggarkan sekitar £125 juta.

Pemain berusia 26 tahun itu dijangka membuat penampilan pertama musim ini ketika Tottenham Hotspurs menentang kelab Portugal, Pacos de Ferreira pada Khamis. Harry Kane tidak turun menjalani sesi latihan dan tidak dibawa ketika Spurs menang ke atas Manchester City.

 

Spurs juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan pertahanan Chelsea, Kurt Zouma yang turut dipantau West Ham United.

 

 

 

 

Arsenal menyambung kembali perbincangan dengan Sheffield United untuk mendapatkan penjaga gol, Aaron Ramsdale selepas pengurusan The Blades mengurangkan nilai perpindahan dari £35 juta kepada  £24 juta.

 

 

The Gunners juga dijangka hampir melengkapkan perpindahan secara tetap pemain tengah Norway, Martin Odegaard. Pemain berusia 22 tahun dilaporkan tidak turun menjalani latihan bersama Real Madrid 

 

 

Gergasi Ligue 1, Paris St Germain tidak menolak percubaan di saat saat akhir jendela perpindahan untuk mendapatkan pemain tengah Perancis, Paul Pogba dari Manchester United serta Eduardo Camavinga yang beraksi untuk kelab Rennes.

 

PSG juga menegaskan pihaknya tidak berhasrat untuk menjualkan Kylian Mbappe kepada Real Madrid. Pemain berusia 22 tahun itu menyatakan hasrat untuk meninggalkan PSG selepas menolak kontrak lanjutan untuk terus kekal bersama kelab itu.

 

 

 

 

 

- Advertisement -