mascup-1

Oleh Ku Mohd Lufti

Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengesahkan sebanyak 70 ribu keping tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia akan dijual dengan harga RM 50 sekeping.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, sebanyak 30 ribu keping tiket akan diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 dijadual berlangsung pada 30 Oktober 2016 (Ahad) di Stadium Shah Alam jam 9 malam.

“Ke semua tiket perlawanan akan mula dijual pada 26 Oktober dikedua dua stadium dan 10 ribu keping tiket lagi kan dijual menerusi atas talian (www.tickethotline.com.my), bermula jam 10 pagi.” Kata Kevin Ramalingam.

Tambah Kevin lagi, dua ribu keping tiket bagi kanak kanak akan turut dijual dengan harga RM 5 sekeping.

Malah, pemeriksaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa susulan Stadium Shah Alam akan digunakan bagi perlawanan Liga Super Selangor menentang Johor Darul Takzim Sabtu ini.

Terdahulu, Kevin serta wakil daripada KFA Datuk Aminuddin Omar dan FAS, Rosman Ibrahim serta pihak polis yang diwakili Ketua Polis IPD Shah Alam, ACP Shafien Mamat melakukan lawatan ke beberapa tempat di dalam Stadium Shah Alam.

Perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke 90 sekali lagi menemukan dua finalis 2015, Selangor dan Kedah.

- Advertisement -