paralympicsOleh Ku Mohd Lufti

Tatkala Mohamad Rizuan Mohamad Puzi dan Muhd Ziyad Zolkefli menghadiahkan emas untuk Malaysia, atlet paralimpik negara yang lain terus membara untuk menambah koleski pingat buat negara di Sukan Paralimpik Rio.

Pemanah negara Hasihin Sanawi yang beraksi dalam acara memanah recurve lelaki, menamatkan pusingam kelayakkan ditempat ke 25 daripada 33 atlet yang bertanding.

Hasihin yang juga pemenang pingat perak ketika Sukan Paralimpik London mencatat 567 mata selepas mengumpul 287 mata dipusingan pertama dan 280 mata di pusingan kedua.

Aksi bagi pusingan kalah mati akan berlangsung pada selasa di Sambadrome.

Sementara itu, wakil tunggal negara dalam acara renang 50 meter kuak kupu kupu lelaki kelas S5, Jamey Singa gagal menempatkan diri ke peringkat akhir selepas menduduki tempat kelima diperingkat saringan dengan catatan 42.87 saat.

Perenang kelahiran Sarawak itu menduduki tempat ke 11 dalam senarai peserta keseluruhan dimana hanya lapan perenang terbaik sahaja yang akan ke peringkat akhir.  

Jamery akan meneruskan cabaran Malaysia di kolam renang dan akan beraksi untuk acara 50 meter dan 100 meter gaya bebas.

Acara ping pong (T10) menyaksikan wakil negara, Azwar Abu Bakar gagal meraih kemenangan selepas tewas kepada pemain ranking keenam dunia dari China, Gey Yang 9-11, 7-11, 5-11.

- Advertisement -