wusc-2

Oleh Ku Mohd Lufti

Malaysia menamatkan kemarau penantian pingat emas dalam acara berpasukan selepas menundukkan pilihan pertama, Hong Kong 2-1 dalam aksi final di Arena Nicol David, Bukit Jalil.

Hong Kong mara ke final selepas menang ke atas pilihan kelima, Jepun manakala Malaysia melengkapkan jadual perlawanan akhir selepas menang ke atas Afrika Selatan.

Mata pertama Hong Kong hadir menerusi perseorangan lelaki Yiq Tze Fung yang menewaskan Ivan Yuen dengan kemenangan straight games 11-6,11-8,1-19 dalam masa 44 minit.

Namun pemain perseorangan wanita Low Wee Wern kembali menyamakan kedudukan untuk Malaysia selepas mengatasi Tong Tsz Wing dalam perlawanan kedua dengan kemenangan straight set, 11-5, 11-4, 11-5 selepas bertarung di dalam gelanggang kaca selama 32 minit, sekaligus memaksa pemenang bagi acara berpasukan ditentukan oleh perlawanan perseorangan lelaki.

Debaran perlawanan perseorangan lelaki kedua diantara Wong Chi Him menentang Sanjay Singh nyata mendebarkan meskipun kedua dua pemain tampak berhati hati untuk mengelak daripada melakukan kesilapan.

Sanjay mula menemui rentak terbaiknya untuk menjarakkan mata dengan Chi Him sebelum menutup set pertama dengan kemenangan 11-8.

Di set kedua, Sanjay tampak hilang rentak apabila kerap melakukan kesilapan sekaligus memberikan lawannya mata mudah dan tewas 4-11.

Wong Chi Him semakin yakin apabila hanya melepaskan 1 mata sahaja sebelum melakar kemenangan 11-1 di ketiga.

Tatkala Chi Him semakin bersemangat, Sanjay pula kembali mendapat nasihat daripada jurulatih, Sharon Wee untuk mencari rentak.

Ternyata ia menjadi apabila Sanjay memberikan tentangan sengit kepada Chi Him untuk melakar kemenangan dramatik 11-9 di set keempat sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Sanjay menguasai set penentuan apabila jauh meninggalkan lawannya pada satu ketika sebelum memastikan emas milik Malaysia dalam acara berpasukan dengan kemenangan 11-7.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim

Kali terakhir Malaysia meraih pingat adalah pada 2014 di Chennai, India dimana Malaysia meraih pingat gangsa.

terdahulu, Low Wee Wern meraih emas dalam acara perseorangan wanita manakala Ivan Yuen meraih pingat perak bagi acara perseorangan lelaki manakala Nazihah Hanis Abdul Razak meraih pingat gangsa.

- Advertisement -