2009 menjadi titik bermulanya era perubahan paling yang cukup meninggalkan kenangan dalam lembaran sejarah bolasepak negara.

Segalanya bermula dari seorang individu yang sering kali di kenali dengan King G, atau Datuk K Rajagobal.

Dilantik sebagai pengendali skuad kebangsaan, tugas utamanya adalah memburu pingat di Sukan SEA edisi 25 yang berlangsung di Vientiane, Laos.

Berada di dalam satu kumpulan bersama sama juara bertahan, Thailand, serta Vietnam, Kemboja dan Timor Leste, ramai yang menjangkakan Malaysia berdepan peluang yang tipis untuk sekurang kurangnya melepasi peringkat kalah mati.

Detik panik bermula apabila Malaysia tewas 1-3 kepada Vietnam selepas berpesta gol 11-0 ke atas Timor Leste dalam aksi pembukaan.

Moral pemain pemain tampak luntur seketika namun Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan Abdul Manaf Mamat membuktikan Harimau Malaya masih belum mengalah apabila melakar kemenangan kedua selepas menewaskan Kemboja 4-0.

Permulaan kejutan dari anak didik K Rajagobal adalah di 10 minit terakhir ketika Malaysia menentang Thailand dalam aksi terakhir kumpulan.

Secara Matematik, Malaysia perlu menang jika mahu mengiringi Vietnam yang muncul juara kumpulan A ke peringkat kalah mati.

Ketinggalan dibabak kedua, Nasriq Baharom menyamakan kedudukan sebelum Ahmad Fakri Saarani memastikan Malaysia melengkapkan empar pasukan ke peringat separuh akhir.

Malaysia mengiringi Vietnam dengan hanya perbezaan satu mata selepas mengumpul 9 mata, sementara Thailand yang dilabel sebagai kuasa besar Asia Tenggara pulang kehampaan.

Anak didik K Rajagobal membuktikan mereka sememangnya mahukan aksi final selepas menang 3-1 ke atas Laos di pentas separuh akhir sekaligus mengulangi pertemuan dengan Vietnam yang menang 4-1 ke atas Singapura.

Stadium Nasional Laos menjadi saksi segalanya. Debaran demi debaran disajikan seoanang perlawanan dan ramai yang sudah menjangka Vietnam akan menguasai sebahagian detik perlawanan.

Hantaran jauh Safiq Rahim tertampan pemain pertahanan Mai Xuan Hop ketika perlawanan berbaki lima minit menuju penamat sekaligus mengegar gawang Vietnam.

Xuan Hop hanya mendongak ke langit seakan akan tidak mempercayai situasi yang baru sahaja berlaku manakala penjaga gol, Bai Tran Tuong hanya mampu meraung kecewa kerana melepaskan peluang untuk menamatkan penantian pingat emas dalam acara bolasepak.

Kira kira 15 000 penyokong Vietnam tergamam tatkala laungan Malaysia Boleh mengubah suasana bukan sahaja di stadium tetapi di tanah air amnya yang menyaksikan secara lansung di depan kaca televisyen.

Emas yang dikalung kepada barisan pemain dan kejurulatihan menamatkan penantian 20 tahun Malaysia untuk merangkul emas dalam saingan bolasepak.

Sementara Singapura mengecewakan tuan rumah Laos apabila melakar kemenangan 3-1 untuk pulang selaku pemenang pingat gangsa.

Terima kasih kepada barisan pemain pemain dan kejurulatihan yang berjuang sehingga ke keringat akhir tanpa mengenal erti penat untuk memastikan sejarah terukir di pentas Sukan SEA 2009.

Senarai pemain :

Ketua Jurulatih: K. Rajagobal

Penjaga Gol:

Mohd Farizal Marlias,Ā  Sharbinee Allawee Ramli

Pertahanan:

Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Asrarudin Putra Omar, Mohd Nasriq Baharom, M. Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohamad Azmi Muslim, Marlizam Mohamad, Mohamad Muslim Ahmad

Tengah:

Mahali Jasuli, Safiq Rahim, Amar Rohidan, K. Gurusamy, S. Kunanlan, Amirulhadi Zainal,Ā  Baddrol Bakhtiar

Penyerang:

M. Zaquan Adha Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani, Abdul Manaf Mamat

- Advertisement -