
Indonesia bersedia untuk membida hak penganjuran Piala ASEAN 2026 selepas mendapat sokongan penuh daripada Presiden Indonesia Prabowo Subianto
“Saya melaporkan bahawa FIFA telah memberikan respons positif berhubung Indonesia menjadi salah satu tuan rumah Piala ASEAN FIFA pada September-Oktober tahun ini,” kata Menteri Belia dan Sukan Indonesia Erick Thohir.
Erick yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) berkata, Prabowo bercadang untuk menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mengukuhkan bidaan Indonesia dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk menganjurkan kejohanan itu.
“Presiden menyokong cadangan itu dan akan menyediakan surat supaya Indonesia boleh dipilih oleh FIFA sebagai tuan rumah. Sekarang kita tunggu keputusannya,” katanya.

























