MENTERI Belia dan Sukan YB Brig Jen Khairy Jamaluddin menasihatkan atlet agar tidak terlalu tertekan dengan jumlah sasaran 111 pingat emas kontinjen negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang diumumkan sebelum ini.
âSaya nasihatkan atlet beri tumpuan terhadap prestasi mereka dulu, pingat akan datang kemudian,âkata YB Brig Jen Khairy selepas lawatan ke venue kriket di Kinrara Oval.
âJangan bandingkan pencapaian pingat emas pada 2001 dulu dan sekarang kerana ada berbeza atlet dan acara. Sasaran kita berasaskan penilaian semasa. Jadi apa saja boleh berlaku,â kata beliau.
âSebagai Menteri Sukan, saya letakkan sasaran berdasarkan apa scenario hari ini. Ingat, pada 2001 kita sasar 80 emas tetapi akhirnya menang dengan 111 emas untuk muncul juara keseluruhan,â kata beliau lagi.
âApa yang penting ialah sasaran kita mesti realistik. Contohnya, pada 2001 tiada kriket, hoki ais atau luncur ais. Jadi senario sekarang berbeza berbanding 2001 dulu,â tambah beliau.
Menurut YB Brig Jen Khairy, apa yang penting ialah memastikan Malaysia akirnya muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-29 pada 30 Ogos nanti. âJika kita terlalu menekan atlet untuk menang dan menang, sukar bagi mereka untuk fokus pada prestasi masing-masing.â