Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ‘menyampaikan’ khabar dukacita kepada juara Liga Super 7 kali, Johor Darul Takzim yang tidak dibenarkan keluar dari Malaysia.

Ketika menjawab soalan wartawan ketika sidang media harian perkembangan terkini serangan wabak COVID-19 (keselamatan), Datro’ Sri Ismail Sabri mengesahkan JDT tidak dibenarkan untuk keluar dari Malaysia kerana polisi yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia yang menutup pintu sempadan negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikuatkuasa melibatkan hampir seluruh negeri ketika ini.

https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/videos/433938424261861

jawapan bermula di minit 20.24

“Polisi kita sama, pintu sempadan kita masih ditutup. Warga asing tidak dibenarkan masuk, rakyat kita tidak dibenarkan keluar. Polisi ini (tidak membenarkan pergerakan yang ramai keluar negara) meliputi semua termasuk pasukan bola dan kita tidak tahu SOP yang ada dinegara tersebut.

Johor Darul Takzim dijangka berangkat ke Doha, Qatar untuk meneruskan saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) dimana mereka dijadual menentang kelab dari China Quanzhou Evergrande pada 19 November di Stadium Antarabangsa Khalifa disusuli aksi menentang wakil Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings pada 25 November.

Ketika ini JDT menghuni tangga kedua dengan tiga mata, tiga mata dibelakang pendahulu Vissele Kobe dari Jepun.

- Advertisement -