Majlis Keselamatan Negara (MKN) kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan penganjuran saingan Piala Malaysia 2020 diteruskan selepas mendengar rayuan yang dikemukakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Perkara trersebut dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian perkembangan terkini serangan wabak COVID-19 (keselamatan).

“Sebelum ini saya sudahpun mengumumkan menangguhkan Piala Malaysia demi keselamatan bukan sahaja pemain pemain tetapi apabila bermain satu satu negeri lain, dibimbangi merebak ke tempat lain.

“Hari ini kita telah mendengar rayuan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kalau boleh dibenarkan/diteruskan. Setelah berbincang kita dapati bahawa bahaya jangkitan ini bukan sahaja berlaku di tengah padang apabila berlaku sentuhan. Persentuhan memang tidak dapat dielakkan

“Ada orang membandingkan dengan hiburan. Hiburan kita boleh memperketatkan SOP (prosedur operasi standard). Penyanyi boleh memakai face shield (pelindung muka) misalnya.

https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/videos/433938424261861

jawapan bermula di minit 15.58

“Saya dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Kadang kadang kita nampak ramai ramai diatas pentas mereka sedang menari dalam waktu dan ditempat yang berbeza beza.

“Tetapi dari segi teknologi moden ini, gambar itu disatukan seolah olah nampak tarian itu bersama. Dari segi SOP lebih mudah, semua yang terlibat memakai face shield ataupun face mask. Tetapi tidak mungkin pemain pemain bola memakai pelitup muka, di atas padang.

“Dia tidak hanya melibatkan jumlah pemain yang berada di padang tetapi krew, petugas petugas teknikal yang berada bersama mereka. Mereka pulang dengan satu bas yang sama, pergi bermain dan berlatih dalam satu bas yang sama

“Dan didalam bilik persalinan agak sukar untuk mengawal SOP dalam bilik persalinan kerana tidak ada sesiapa yang berada di dalam bilik persalinan untuk mengawal pergerakan dan sebagainya.

“Jadi kesannya kita fikir adalah agak besar tanggungjawab kepada kesihatan dan tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kesihatan rakyat, maka sekali lagi meyuarat membuatr keputusan kita tidak membenarkan pertandingan ini diteruskan dan ditangguhkan, bukan dibatalkan 

“Saya katakan tadi insyallah kalau kita bersama sama berusaha untuk memutuskan rantaian ini dengan mematuhi SOP dan sebagainya, mungkin keadaannya berbeza dalam satu minggu..tiga minggu  lagi, mungkin Piala Malaysia boleh diteruskan, tetapi setakat ini belum lagi,”kata Datuk Seri Ismail Sabri 

Tambahnya lagi beberapa kejohanan lain seperti bola keranjang turut dibatalkan serta Sukan Malaysia ke 20 (SUKMA) 2020 di Johor turut dibatalkan.

MFL sebelum ini mencadangkan untuk menggunakan venue yang berada di dalam kawasan hijau dan tidak terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

- Advertisement -