tai.tzu.ying
Tai Tzu Ying

Oleh Ku Mohd Lufti

Debaran menuju ke final Kejohanan Badminton Superseries Premium Terbuka Malaysia semakin menarik untuk dilihat.

Pemain ranking ke empat dunia, Ratchanok Intanon mengejutkan juara 2012, Wang Yihan dipentas separuh akhir.

Pemain berusia 21 tahun ini belum pernah menang dengan Wang Yihan dalam 12 pertemuan sebelum ini.

Namun tahun 2016 cukup bermakna buat pemain kelahiran Yasothorn ini apabila melakar kemenangan straight set 21-11, 21-19 dalam masa 43 minit.

Ratchanok Intanon akan berdepan pemain Taiwan, Tai Tzu Ying yang terdahulu melakar kemenangan ke atas pilihan ketiga, Saina Nehwal dengan keputusan straight set 21-19, 21-19.

- Advertisement -