Skuad Bawah 23 tahun negara berterima kasih kepada Azfar Fikri Azhar yang menjadi wira apabila memastikan Malaysia meraih kemenangan kedua berturut turut dengan menundukkan Mongolia 1-0 untuk mengumpul mata maksima selepas dua perlawanan.

Gol terhasil di babak pertama perlawanan hasil sepakan sudut yang ditanduk Azfar untuk menggegar gawang lawan sekaligus meletakkan skuad kendalian Brad Maloney didepan.

Jaringan tersebut nyata menyuntik semangat juang pemain negara yang terus mengasak kubu lawan untuk melebarkan jurang gol.

Diawal permainan, Azfar hampir membuka tirai gol namun voli di dalam kotak penalti sekadar menggegar palang gol Mongolia.

Namun palang menjadi penghalang terutama percubaan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal dibabak kedua perlawanan.

Kemenangan kedua menyaksikan skuad kendalian Brad Maloney mengumpul 6 mata untuk berada dikedudukan teratas sementara Thailand dan Mongolia masing masing berkongsi satu mata sementara Laos di tangga terbawah

Thailand dan Laos akan beraksi petang ini.

 

- Advertisement -