Tuan Haji Kamaruzzaman bin Ismail, Pengarah Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah(dua dari kiri) menerima dokumen Nota Persefahamanan dari Lt Kol (B) Tommy Pereira, presiden Kelab Ragbi COBRA. Foto Kredit – Sukandaily.com.my
Tuan Haji Kamaruzzaman bin Ismail, Pengarah Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah(dua dari kiri) menerima dokumen Nota Persefahamanan dari Lt Kol (B) Tommy Pereira, presiden Kelab Ragbi COBRA. Foto Kredit – Sukandaily.com.my

Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah(PSA) hari ini telah mengorak langkah ke hadapan untuk memperkasakan sukan ragbi di Politeknik dengan termenterainya Nota Persefahamanan dengan pihak Kelab Ragbi COBRA. Majlis bersejarah ini yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azizi bin Lin selaku Pengarah Kanan(Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik, Tuan Haji Kamaruzzaman bin Ismail selaku Pengarah Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah manakala dari pihak COBRA iaitu Lt Kol (B) Tommy Pereira selaku presiden Kelab Ragbi COBRA dan Encik Tan Thiam Jin selaku naib presiden Kelab Ragbi COBRA ini mampu memberikan impak yang besar khususnya di dalam pembangunan sukan ragbi ini dan juga masa depan para atlet. Ianya selari dengan pemilihan PSA sebagai Pusat Pembangunan Sukan Ragbi(PPS), Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2012.

Antara matlamat PPS adalah untuk melahirkan atlit sukan ragbi di peringkat tertinggi serta mengharumkan nama Politeknik Malaysia di kejohanan kebangsaan dan peringkat antarabangsa di samping juga mementingkan pencapaian akademik para atlet demi masa depan mereka. Pihak Politeknik juga turut akan membantu memberi ruang kepada para atlet ini agar mereka dapat menamatkan program akademik mereka walaupun dengan kekangan masa terlibat dalam sebarang program latihan dan kejohanan di peringkat tinggi khususnya. Kerjasama strategik ini satu usaha positif untuk membantu para atlet yang sering mengharumkan nama negara di usia muda namun setelah khidmat tidak diperlukan mereka ini sukar untuk mendapatkan peluang kerjaya kerana masalah kelayakan akademik.

Majlis menandatangani Nota Persefahamanan di antara Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Kelab Ragbi COBRA yang telah berlansung di Politeknik tersebut.
Majlis menandatangani Nota Persefahamanan di antara Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Kelab Ragbi COBRA yang telah berlansung di Politeknik tersebut.

Kerjasama dan pemilihan Kelab Ragbi COBRA sebagai rakan perkongsian pintar adalah disebabkan daya kebolehan serta kemajuan yang telah terbukti ditunjukkan oleh pihak COBRA dalam membangunkan sukan ragbi di peringkat akar umbi.

Dalam usaha untuk menggalakkan kepentingan hubungan bersama antara pihak PSA dan Kelab Ragbi COBRA, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menjalankan usahasama terbaik mereka untuk membangunkan betuk kerjasama berikut:

a) Mewujudkan pusat pembelajaran kepada pemain-pemain berbakat dalam sukan ragbi.
b) Bekerjasama dalam koordinasi latihan pasukan remaja dan wanita kebangsaan.
c) Menyediakan lebih banyak peluang kepada pemain untuk menyertai pelbagai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
d) Berkongsi kepakaran dan pendedahan kepada pembangunan ragbi sama ada di peringkat pemain, jurulatih dan pengurusan.
e) Penggunaan fasiliti bersama di antara kedua belah pihak.
f) Gabungan pemain di antara kedua belah pihak dalam pelbagai kejohanan.
g) Merancang aktiviti bersama dalam pembangunan sukan ragbi.
h) Meningkatkan kemahiran jurulatihan dari aspek “High Performance Coaching”.

Para atlet dari Kelab Ragbi COBRA yang turut hadir memberi sokongan.
Para atlet dari Kelab Ragbi COBRA yang turut hadir memberi sokongan.

Kerjasama ini seharusnya akan dapat membantu dalam mendokong Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi(DPSIPT), yang mensasarkan sekurang-kurangnya 30% atlit negara terdiri daripada atlit IPT atau “The Thinking Athletes”.

- Advertisement -