Kesemua 824 peserta antarabangsa (termasuk pemain, pengadil, pengadil garisan, pegawai yang bertugas, kakitangan perubatan serta kru penerbitan) yang akan ikut serta tiga kejohanan di Thailand bulan ini bebas dari Covid-19.
Ini merupakan satu petanda yang baik untuk penganjuran kali ini yang akan berlangsung di Muang Thong Thani, Bangkok kata Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi lawan sesawangnya.
Kesemua peserta antarabangsa dikehendaki mengemukan sijil keputusan negatif dari negara mereka sebelum berlepas ke Bangkok dan kemudian diuji sekali lagi sejerus tiba di penempatan kuarantin di Thailand.
Sehubungan itu, pemain tempatan Thailand serta pegawai bertugas Thailand turut mendapat keputusan negatif wabak itu.
Namun, ujian Covid-19 yang dijalankan secara rutin dengan protokol yang ketat akan dilakukan sehingga tamat semua kejohanan.
Thailand yang menjadi tuan rumah untuk tiga kejohanan utama BWF yang berlangsung secara tertutup akan dimulakan dengan Tebuka Yonex Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 12-17 Januari dan diikuti dengan Terbuka Toyota Thailand pada 19-24 Januari serta Jelajah Dunia HSBC BWF 2020 Akhir pada 27-31 Januari.
Senarai pemain yang layak ke Jelajah Dunia Akhir akan ditentukan pada akhir Terbuka Toyota Thailand.
Lapan pemain and beregu teratas bagi setiap kategori kedudukan HSBC BWF Road to Bangkok akan dijemput untuk bertanding dengan kelayakan terhad kepada dua pemain atau pasangan bagi setiap persatuan.
Malangnya, kejohanan kali ini akan berlangsung tanpa penyertaan dari China dan Jepun.
Jepun tidak menghantar pasukan ke kejohanan kali ini apabila pemain nombor satu dunia, Kento Momota diuji postitif Covid-19. Manakala pasukan China menarik diri atas faktor sekatan perjalanan.
Kejohanan Terbuka Thailand akan bersiaran secara langsung menerusi TrueVision. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -