pgmOleh Ku Mohd Lufti

Khor Kheng Hwai mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu Kejohanan Golf jelajah PGM Tertutup Kelantan, selepas mengumpul 202 pukulan 14 dibawah par dengan hanya satu pusingan lagi untuk ditamatkan.

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini menutup hari ketiga dengan 69 pukulan, 3 dibawah par, namun kedudukannya masih belum selesa kerana terus di cabar hebat oleh Nicholas Fung.

Kheng Hwai hanya dibezakan satu pukulan dengan Fung yang turut melakukan catatan 69 pukulan 3 dibawah par untuk mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu.

Sedikit hambar buat pemain muda yang sedang meningkat naik,. Low Khai Jei hanya mampu melakukan catatan par 72 di hari ketiga, sekaligus turun ke kedudukan keempat berbanding ke 3 pada hari kedua.

Catatan terbaik dilapangan Golf Kelantan pada hari ketiga dipegang Sukree Othman dengan catatan 67 pukulan 5 dibawah par.

 

KEPUTUSAN SELEPAS PUSINGAN KETIGA

202 Khor Kheng Hwai 65-68-69

203 Nicholas Fung 65-69-69

207 R. Nachimuthu 67-72-68

208 Low Khai Jei 70-66-72

210 Airil Rizman Zahari 70-70-70

211 Sukree Othman 69-75-67, Ben Leong 69-69-73

215 Hans Jamil 69-75-71, Mohd Nazri Mohd Zain 72-71-72

216 Iylia Jamil 75-73-68, Lam Yu Shuen 76-71-69, M Wafiyuddin Abd Manaf 71-75-70, S. Siva Chandhran 72-71-73

217 Mohamad Rizal Amin 74-71-72, Brandon Lau Ka Kin 76-68-73

218 Mohd Rizuan Kamarudin 74-73-71, Mohamad Azman Basharudin 74-73-71, Abel Tam 72-72-74

- Advertisement -