IMG-20160416-WA003

Oleh Ku Mohd Lufti

Tiket perlawanan bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2016 antara tuan rumah Kedah dan Johor Darul Takzim, JDT habis dijual.

20 ribu keping tiket mula dijual dikaunter Stadium Darul Aman bermula jam 10 pagi dan habis sepenuhnya kira kira jam 11 pagi tadi.

Rata rata penyokong setia hijau kuning telahpun beratur di depan kaunter sejak awal pagi bagi mendapatkan tiket perlawanan.

Persatuan Bolasepak Kedah, KFA menghadkan maksimum lima keping tiket boleh dibeli setiap seorang.

Bagi perlawanan separuh akhir Piala FA, 28 ribu keping tiket diperuntukkan dimana 5 ribu keping tiket telah habis dijual menerusi jualan diatas talian, manakala 3 ribu keping telah pun diagihkan bagi kuota tempahan ahli gabungan dan persatuan.

Pintu masuk Stadium akan dibuka bermula jam 6 petang ini.

- Advertisement -