Iskandar Zulkarnain
Iskandar Zulkarnain

Oleh Ku Mohd Lufti

Saingan separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Taiwan nyata memberi lembaran baru kepada beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang melangkah ke final.

Kian Meng, Pei Jing menang ke atas pasangan Indonesia Riky Widianto , Gloria Emanuelle Widjaja straight set 21-17, 22-20 dalam masa 46 minit.

Menanti di final adalah pasangan China, Zheng Siwei, Chen Qingchen yang menundukkan satu lagi pasangan Indonesia, Hafiz Faisal, Shella Devi Aulia, 21-14, 21-13.

Ini adalah aksi final ketiga Tan Kian Meng, Lai Pei Jing bagi tahun ini dan gagal melakar kemenangan.

Sementara itu, hasrat perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin untuk e final tidak kesampaian.

Beliau tumpas kepada pemain tuan rumah, Chou Tien Chen dengan keputusan straight set 16-21, 10-21.

- Advertisement -