Kudratnya masih lagi mampu untuk menyumbang buat skuad kebangsaan, namun beliau memilih untuk bersara.

Itulah keputusan yang diambil Toni Kroos yang memutuskan untuk bersara daripada pentas antarabangsa bersama Jerman.

Ia seakan akan menggambarkan kekecewaan yang dialami pemain berusia 31 tahun itu selepas Jerman tewas 0-2 kepada England sekaligus gagal layak ke peringkat suku akhir EURO 2020.

Kenyataan Kroos menerusi akaun sosial twitter nya, ‘Saya telah bermain 106 perlawanan bersama sama Jerman. Tidak akan ada lagi akan datang,”

“Saya telah memikirkan untuk bersara selepas kejohanan ini beberapa kali. Ianya jelas saya tidak akan ada untuk Piala Dunia 2022 di Qatar,”kata Kroos.

Pemain tengah Real Madrid ini mahu memberikan tumouan sepenuhnya bersama sama Los Blancos untuk beberapa tahun selain meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Toni Kroos mendapat kaps pertamanya pada 2010 dan menjadi sebahagian daripada sejarah ketika Die Mannsachaft muncul juara Piala Dunia 2014.

Kroos memulakan kariernya bersama Bayern Munich pada 2007 dan telah membuat lebih 200 penampilan bersama The Bavarians sebelum berhijrah ke La Liga untuk menyertai Real Madrid pada 2014.

 

- Advertisement -