Hockey-ground

Selepas meraih kemenangan dalam perlawanan kedua dalam aksi persahabatan, Malaysia hampir meraih kemenangan dalam perlawanan ketiga, namun kealpaan mengundang padah apabila tewas 4-2.

Malaysia bangkit selepas ketinggalan seawall minit kedua perlawanan untuk mendahului 2-1 selepas tamat separuh masa pertama, namun kelebihan itu mula diranapkan The Black Sticks dibabak kedua perlawanan.

Hugo Inglis muncul peledak berbisa New Zealand apabila meledak 3 gol dalam tempoh 20 minit untuk memastikan kemenangan kedua New Zealand selepas tiga perlawanan.

Pengarah Teknikal Konfederasi Hoki Malaysia, KHM, Terry Walsh pastinya kecewa dengan keputusan dan persembahan pemain.

ā€˜New Zealand mendominasi separuh masa pertama dan menjaringkan gol selepas dua minit perlawanan berlangsung. Kami melakukan banyak kesilapan mudah dan gagal mengawal posisi dengan baik. Ia juga merupakan keputusan yang positif kerana jurulatih mengambil risiko untuk menukar strategi pasukan. Malaysia lebih menguasai bola serta mentality yang lebih baik dipamerkan di dua suku terakhir. Ianya sesuatu yang positif dan sesuatu yang baik telahpun dipelajari oleh pemain.ā€™ Kata Terry Walsh yang turut menyaksikan perlawanan tersebut.

Malaysia tewas 1-4 pada perlawanan pertama namun bangkit melakar kemenangan tipis 3-2 pada perlawanan kedua.

- Advertisement -