hadin_azman_felda

Oleh Muhammad Aiman

Pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) berpeluang menjarakkan diri di kedudukan teratas liga seterusnya semakin hampir untuk merangkul gelaran ketiga berturut-turut apabila bertandang ke Jengka untuk perlawanan menentang pencabar terdekat Felda United, malam ini.

Dengan 46 mata, JDT unggul di puncak liga mengatasi Felda yang mengumpul 42 mata dan kemenangan ke atas skuad bimbingan Irfan Bakti dalam pertembungan yang boleh disifatkan ā€˜clash of the seasonā€™ itu bakal menyaksikan JDT membuka kelebihan selesa tujuh mata di tangga teratas.

Untuk rekod, JDT pada Sabtu lalu mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Malaysia setelah sekadar merakam keputusan seri 1-1 menentang PDRM, namun dalam saingan liga mereka masih lagi satu-satunya pasukan belum tewas selepas 18 perlawanan liga.

Pengendali JDT, Mario Gomez optimis barisan pemainnya akan dapat meneruskan rentak cemerlang itu bagi membantu Harimau Selatan melakar sejarah muncul juara liga tanpa tewas (invincible).

ā€œTersingkir dari saingan Piala Malaysia langsung tidak mengganggu fokus pemain saya kerana kami tidak menjadikan ia satu keutamaan. Saya telah menurunkan barisan kedua untuk perlawanan itu (PDRM), dan menjelang perlawanan penting menentang Felda saya boleh katakan semua pemain berada dalam kecergasan penuh.Ā 

ā€œKita juga telah berlatih selama dua hari di padang sintetik MSN di Bukit Jalil, saya sudah mengenalpasti kelemahan dan memperkemaskan setiap posisi. Kami juga boleh menurunkan skuad terkuat dengan kehadiran semula beberapa pemain tonggak seperti Jorge Pereyra Diaz, Juan Lucero serta Aidil Zafuan yang kembali dari penggantungan,ā€ kata Mario.

Begitupun, Felda pastinya tidak mahu memberi laluan mudah apatah lagi skuad dengan jolokan The Fighters itu berdepan misi wajib meraih tiga mata jika mahu mengurangkan defisit mata bagi terus menghidupkan peluang merampas kejuaraan dari tangan JDT.

Justeru, Irfan mengakui aksi di laman sendiri tidak boleh dipersiakan, ā€œKami akan melakukan apa yang terdaya untuk memberikan tekanan kepada JDT kerana jika gagal, kami sedar peluang semakin hampir tertutup walaupun masih ada baki tiga perlawanan selepas ini.

ā€œJDT mahu menang untuk kukuhkan kedudukan dan kita perlu menang untuk hidupkan peluang. Saya berharap semua pemain akan menunjukkan komitmen sama untuk halang JDT dari membawa pulang mata. Juga, dengan rekod tanpa kalah di Jengka, saya berharap misi tiga mata jadi kenyataan.ā€

Sepertimana JDT, Felda juga telah merehatkan beberapa pemain tonggak mereka ketika tewas kepada Negeri Sembilan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia antaranya penjaring terbanyak Francis Forkey Doe, Lutfulla Turaev, Zahrahan Krangar dan Farizal Hassan. Ā 

Selain pertemuan JDT dan Felda, turut menjadi tumpuan adalah perlawanan di antara Kelantan dan Kedah di Kota Bharu manakala perlawanan lain adalah Selangor menentang Sarawak, PDRM menentang T-Team, Perak menentang Pulau Pinang dan Terengganu menentang Pahang. Ā 

- Advertisement -