DSC_0886

Oleh Ku Mohd Lufti

Jaringan Dandree Rofinus memastikan MISC mempertahankan kejuaraan Piala Tun Sharifah RodziahĀ selepas menumpaskanĀ Sabah 3-2 di Stadium Mini Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

Skuad kendalian Ananthan M Raman itu bermula langkah kanan apabila menjaringkan dua gol menerusi Sihaya Ajad pada minit ke-8Ā dan Haindee Mosroh pada minit ke-13.

Namun, Sabah meledak dua gol dalam tempoh 14 minit menerusi Shereilynn Elly Pius pada minit ke-15 dan Jaciah Jumilis pada minit ke-29 untuk menyamakan kedudukan 2 sama.

Dadree Rofinus yang beraksi di posisi sayap mengecewakan Sabah di minit ke-76Ā sekaligus memastikan MISC muncul juara bagi edisi 2016.

MISC turut meraih dua anugerah menerusi Dandree Rofinus dipilih sebagai ā€˜Pemain Terbaik Perlawanan Akhir’ manakala Haindee Mosroh dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 14 gol Berjaya dihasilkan.

Sementara itu, pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat, Kedah menewaskan Sarawak 1-0 menerusi jaringan tunggal pemain tengah, Nurul Ashikin Mohd Jasrie pada minit ke-65. Kemenangan tersebut membolehkan skuad Hijau Kuning meraih tempat ketiga.

- Advertisement -